![]() |
| Darween Rozehan Shah |
Isnin, 3 Oktober 2011
Ucapan Aluan YDP PKPMI-Solo 2010/2011
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia.
Syukur kepada Allah SWT yang menjadikan segala yang dilangit dan dibumi serta segala isi yang terdapat pada keduanya. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga, sahabat dan pengikut-pengikutnya. Saya selaku Yang Di-Pertua PKPMI Cawangan Solo sessi 2010/11 mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh-Nya kepada kami di bertuah ini. Pada kesempatan kali ini, saya ingin memberikan sepatah dua kata dalam ruangan blog rasmi PKPMI Cawangan Solo ini. Pelancaran blog PKPMI Cawangan Solo untuk sessi 2010/11 ini adalah bertujuan supaya dapat memudahkan penyaluran maklumat kepada setiap ahli selain mewujudkan satu inisiatif baru persatuan dalam meniti arus zaman yang serba canggih ini. Pelancaran blog ini juga diharapkan dapat sedikit sebanyak untuk merapat silaturrahim di antara ahli cawangan solo maupun cawangan-cawangan lainnya. Seperti yang kita ketahui, PKPMI mempunyai dua objektif utama iaitu menyatukan semua pelajar Malaysia di Indonesia dan memupuk semangat kebangsaan dan menjaga kepentingan dan kesejahteraan semua pelajar Malaysia di Indonesia. Dengan adanya medium ini, diharapkan setiap ahli mempunyai kekuatan untuk memantapkan ilmu, iman, dan amal. Harapan saya agar segala program dan aktiviti yang dirancang dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan kita semua. Akhir kata, saya selaku Yang Di-Pertua PKPMI Cawangan Solo merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang menyokong terus persatuan ini.
Salam dan hormat dari saya untuk semua. Darween Rozehan Shah Bin Iskandar Shah.
Langgan:
Ulasan (Atom)
